MURID HARI INI MENJADI MODAL INSAN DI MASA HADAPAN
Dalam zaman ekonomi sejagat yang
berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi ini, dan demi memastikan
negara terus berdaya saing dan berdaya tahan,
pembangunan sumber manusia perlu digilap kerana merupakan salah
satu elemen terpenting dalam agenda
pembangunan negara Hal ini telah
ditekankan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia satu ketika dahulu. Ekoran itu,
telah ada wawasan serta usaha untuk membangunkan modal insan melalui pelbagai program
pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi
menghadapi dunia global. Di samping pelbagai program pendidikan ini, usaha digembleng untuk
melahirkan modal insan yang kreatif dan
inovatif. Semua ini diharap akan dapat melahirkan modal insan yang
berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Demi merealisasikan agenda
negara, negara memerlukan barisan modal
insan yang menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan, berkemahiran dan bermaklumat. Umum mengetahui bahawa satu tempat awal untuk
menghasilkan modal insan yang diharapkan itu adalah di sekolah. Oleh itu, pelbagai langkah boleh dilakukan
oleh para guru untuk memastikan pembelajaran yang diterima oleh murid di
sekolah dapat membantu membentuk mereka menjadi modal insan negara yang
diharapkan. Sejak dahulu lagi aspek nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan
jati diri pelajar, masyarakat kreatif dan inovatif serta berfikiran dan
berbudaya kelas pertama, dan warga yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran
dan maklumat merupakan ciri-ciri yang harus ada pada modal insan yang
diharapkan itu. Seseorang yang berkerjaya pendidik seharusnya peka tentang
harapan melahirkan modal insan seperti yang digariskan di atas.