NOTA



KATA NAMA AM
1. Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada benda bernyawa seperti
    orang,tumbuhan binatang dan benda yang tidak bernyawa seperti benda atau tempat
    secara am atau secara umum. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada
    permulaan  ayat.

2. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
    a. Kata nama am abstrak
    b. Kata nama am konkrit

   a. Kata nama am abstrak merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada
      dalam fikiran atau khayalan, misalnya:

      mimpi, diktator, kehendak
      sengsara, idaman, perhimpunan


   b. Kata nama am konkrit merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat atau dapat
       dipegang dan dapat dirasaken kewujudannnya, misalnya:

      danau, guru, awan
      kucing, titi, asap

3. Berikut diberikan beberapa contoh penggunaan kata nama am dalam ayat;

    i. Kereta itu berwarna hitam.

   ii. Ular itu sedang membelit mangsanya.

  iii. Pelajar itu sedang mengulankaji pelajaran.

  iv. Bapa Ahmad bersolat di surau

KATA NAMA KHAS
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama
    sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
    Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
    sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)    binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dan lain-lain.
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dan lain-lain.

Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

  manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
  binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
  tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
  bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
  judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
  benda
Proton Perdana(kereta),
Pilot(pen),
Seiko (jam)


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
  Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
  Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
  Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
  Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
 Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi